6 Mar 2017

Kenapa perlu Minum 100 Plus bila Cirit birit ?

Assalammualaikum uols !

Minggu pertama Mac 2017 ? Kesibukan kali ni sangat di luar jangkaan Ju di tambah lagi dengan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan πŸ˜“ Kebiasaan Ju akan siapkan draft auto publish tapi minggu akhir Februari tu memang dah tak sempat nak buat draft. Tapi alhamdulillah, kesibukan dunia dah berlalu dan kesihatan pun dah stabil balik dengan izin Allah swtπŸ’•

Ini pakej, mula nya Ju kena cirit birit dulu kemudian Mr H. Maka tak sudah bergilir masuk ke tandasπŸ˜„ Bila rujuk ke klinik dan terangkan keadaan Diarrhoea atau cirit birit yang Ju alami. Doktor bagi deskripsi ubat dan sarankan minuman isotonik 100 plus sebagai salah satu kaedah rawatan sekira nya ubat masih tidak membantu. 

Kenapa perlu minum 100 Plus bila Cirit birit ? || Doktor terangkan bila kita mengalami diarrhoea, badan akan mengalami hidrasi iaitu kehilangan air yang banyak sekali gus menyebabkan tubuh badan menjadi lemah. Minuman isotonik 100 Plus sebagai alternatif kerana mengandungi kombinasi air, gula terkawal dan elektrolit yang sesuai untuk penghidratan tubuh badan. Pendek kata, minuman 100 Plus membantu menambah air dalam badan yang hilang ketika pesakit mengalami cirit birit. 

Hanya 100 plus sahaja tau, bukan nya Coca cola, Pepsi atau 7 up πŸ˜„ Jadi, lepas ni sekiranya cirit birit boleh lah cuba dulu dengan minuman 100 plus. Tapi kalau masih berpanjangan, rujuk cepat dengan doktor di klinik berdekatan anda tau. 

P/s : Terima kasih yang datang melawat blog http://www.jun-zie.com/ masa Ju off 😍



Location: Sabah, Malaysia

0 comments:

Post a Comment