Thursday, 23 March 2017

Junzie @ Projek Mengikat Perut Suami : Sotong Masak Kicap

Assalammualaikum uols !

Ini kali pertama Ju berkongsi menu masakan dan Insyallah lepas ni entri masakan akan berterusan menempek di blog Ju😁 Menu semalam Ju masak untuk hidangan malam berdua ialah menu ringkas seperti sebelumnya memandangkan kami cuma berdua di rumah bila tak balik ke rumah mak ayah. 

Sotong bukanlah kegemaran suami tapi sejak Ju masak tempoh hari di rumah mak, suami terjatuh hati tapi dengan syarat hanya masak kicap, masak dengan menu lain, suami tak berkenan. Sebaliknya pula dengan Ju, apa pun menu sotong, tekak Ju tak memilih. Alhamdulillah😄

Projek Mengikat Perut Suami : Sotong Masa Kicap || Ju kongsikan resepi mudah Ju ni, Insyallah bermanfaat bagi anda yang inginkan hidangan mudah siap. 

Bahan-Bahan Sotong Masak Kicap :
  • Sotong (Bersihkan dan potong ikut kesesuaian anda)
  • Bawang putih/merah/halia (ikut kuantiti sotong atau ikut kesesuaian anda)
  • Bunga Cengkih/Kayu Manis
  • Kicap (apa jenis sahaja/Ju guna Kicap cap ayam tu)
  • Garam/Ajinamoto
  • Serbuk Kari
  • Bawang besar dan lada besar sebagai hiasan
Cara Masak :
  • Panaskan minyak, tumis bawang yang sudah di kisar atau di tumbuk mengikut kesesuaian anda
  • Letak bunga cengkih/kayu manis, tumis sehingga naik bau
  • Masukkan sotong dan letak sedikit garam/ajinamoto 
  • Gaul sehingga sebati dan biarkan dalam 3 minit kemudian letak sedikit kicap, sekiranya anda suka warna pekat, letak banyak tapi Ju tak suka hitam sangat, Ju letak sikit sahaja kicap tu.
  • Letak serbuk kari ikut kesesuaian anda, Kari tidak perlu jika anda tidak mahu sotong berperisa pedas.
  • Kebiasaan apabila masak sotong, tidak perlu tambah air untuk kuah sebab sotong akan mengeluarkan air sendiri apabila di tumis. Letak air jika perlu sahaja.
  • Gaul dan cuba rasa sotong anda, letak garam dan ajinamoto jika perlu
  • Biarkan selama 15 minit 
  • Sepanjang memasak sotong anda, api dapur gas tidak perlu terlalu kuat. Pastikan dalam suhu sederhana sahaja


Tadaaa ! Dah siap 😋

Ju jodohkan sotong kicap dengan sayur kobis masak tumis semalam sebagai hidangan makan malam kami. Semudah 1,2,3 sahaja uols ! 💕 😃
Copyright © 2015 Junzie || Life is a Beautiful Struggle
| Distributed By Gooyaabi Templates