Junzie @ DIY Backdrop for Birthday & Anniversary Celebration

Assalammualaikum uols !

Tanggal 30/31 Mac dan 1 April stiap tahun adalah tarikh istimewa di mana hari jadi dan ulangtahun perkahwinan Ju dan suami di kongsi bersama manakala bagi 1 April adalah hari jadi bonda Ju. Sambut bersama sangat jimat ! 😄 Tapi tahun ni Ju dan keluarga sebelah suami awalkan sambutan hari jadi dan ulangtahun perkahwinan Ju dan suami atas sebab tidak dapat dielakkan. Manakala untuk sambutan hari jadi bonda Ju, Ju tetapkan pada tarikh lain untuk sambut bersama kelurga Ju😍

Tarikh yang di persetujui bersama ialah 25 Mac (Sabtu) baru ni. Ju merancang untuk buat satu DIY Backdrop sempena sambutan tersebut. Semuanya adalah hasil tangan sendiri hasil membeli belah bahan-bahan di Mr D.I.Y.

Junzie @ DIY Backdrop for Birthday & Anniversary Celebration || Menerusi entri ni Ju kongsikan kos yang Ju gunakan sepanjang persediaan majlis. Majlis sambutan ni kami sekeluarga sambut sekali dengan hari jadi adik beradik sebelah suami yang berkongsi bulan sama, jadi ada rasa jimat sedikit kos untuk majlis ni😄 Ju sediakan kos backdrop, kek suami dan sedikit kos untuk menu yang sudah di bincang bersama dengan ahli keluarga lain.

Kos yang di gunakan untuk Backdrop :

RM 2.20 x 6 meter (kain biru) = RM 13.20
RM 8.90 x 2 pek   (Party/Birthday Decoration Yellow Curtain) = RM 17.80
RM 2.90 x 3 pek (Birthday Quotes/Party hanging Cone) = RM 8.70

Jumlah : RM 39.70



A post shared by Junzie (@jun.zie) on



Jimat kan untuk backrop ? Nak jimat ingat Mr D.I.Y tau ! 😁 Seterusnya untuk kek, 2 minggu sebelum majlis, Ju sepenuhnya tempah dengan perkhidmatan Idaman Little Cake  iaitu bertemakan biru dan kelabu dengan perisa Coffee.

Sebelum ni memang pernah cuba hasil tangan Idaman Little Cake, jadi Ju tak ragu-ragu untuk memberi kepercayaan kepada Little Cake untuk  kek harijadi suami. Idaman Little Cake beroperasi di Putatan, Kota Kinabalu. Menerima pelbagai jenis tempahan kek dari pelanggan dengan harga yang berpatutan. Idaman Little Cake juga menerima custom made dari pelanggan, anda boleh bagi maklumat dekorasi anda dan pihak Idaman Little Cake akan cuba merealisasikannya.

Kos Kek :

Tema Biru dan kelabu
2 tingkat (6 inci)
Fondant kek berperisa coffee bersamaan 1.5 kg

Jumlah : RM 170.00


A post shared by Junzie (@jun.zie) on


A post shared by Junzie (@jun.zie) on

Ju sangat berpuas hati dengan hasil tangan Fondant Coffee 2 tingkat dari Little Cake. Berbaloi harga dengan apa Ju tempah ! 😍 Rata-rata keluarga suami terutama anak-anak buah sangat suka dengan perisa Coffee yang di sediakan. Rasa manis dari fondant yang tidak terlalu kuat begitu juga dengan perisa Coffee. Perisa yang sangat seimbang di sediakan oleh pihak Little Cake untuk tempahan Ju. Ju rekomen tinggi kepada anda yang tercari-cari kek untuk majlis istimewa anda. Yang berada di kawasan Kota Kinabalu terutamanya, bolehlah terus menjenguk  atau hubungi beliau di nombor yang tertera untuk sebarang pertanyaan atau tempahan :


Instagram : Idaman_LittleCake
Whatsapp : 019 4182 445

No comments