Cara Daftar Kursus Bahasa Mandarin Percuma : AMC Collage Kota Kinabalu, Sabah

Assalammualaikum uols !

Januari lepas, Ju ada kongsi yang Ju dapat tawaran kelas percuma tajaan kerajaan untuk kelas mandarin di sini >> Kursus Bahasa Percuma AMC Collage Kota Kinabalu : Tajaan Penuh Kerajaan

Semalam check shoutbox, dapat chat dari Lola bertanya mengenai cara daftar bahasa mandarin percuma sebab dia di kenakan yuran mencecah RM 500 !! 😑 Ju tak dapat jawab semula sebab Lola tak bagi tinggal link. Ju harap Lola ada melawat blog Ju hari ni dan baca entri Ju ni bagaimana cara daftar kursus bahasa percuma tanpa sebarang yuran.


Cara Daftar Kursus Bahasa Mandarin Percuma : AMC Collage Kota Kinabalu, Sabah ||


STEP 1 : Lepas klik laman web akan keluar macam ni. Klik STUDY



STEP 2 : Rujuk BULATAN dan klik



STEP 3 : akan keluar macam ni. Pilih bahasa yang anda inginkan


STEP 4 : Akan keluar macam ni jika anda memilih Bahasa Mandarin, Baca & fahami info kursus bahasa anda 



STEP 5 : Jika semua info anda faham, boleh proceed klik "REGISTER NOW" 



STEP 6 : Akan keluar macam ni dan anda hanya perlu isi maklumat diri kemudian SENT



Selesai ! korang hanya perlu tunggu tindak balas dari pihak AMC Collage menerusi no.mudah alih atau alamat email yang korang berikan. Ju tak pasti negeri lain ada atau tidak tawarkan kursus macam ni.

AMC Collage menawarkan 4 kursus bahasa percuma iaitu English / Korean / Japanese & Mandarin. Pendaftar juga akan di berikan dua pilihan waktu kelas sama ada hujung minggu (sabtu/ahad) atau harian iaitu Isnin hingga Jumaat. Pilihan ini bergantung kepada anda sendiri untuk memilih bersesuaian dengan masa anda. Bagi penduduk Kota Kinabalu, semoga bermanfaat entri ini kepada kamurang yang mencari kursus bahasa percuma.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kursus bahasa ni, bolehlah terus menghubungi pihak AMC Collage, Kota Kinabalu, di talian :


088 - 235 218 ATAU 010 - 8623 683 (Ida)


Kepada Lola : Semoga entri ni dapat membantu anda, dan semoga terpilih ! 💕

1 comment

  1. Saya daftar kursus mandarin ni sejak tahun 2011. Sampai sekarang tiada panggilan. Sepanjang tahun tu 3x tanya via email, respon dorang ckp blm ada kosong, 1st register, 1st masuk kelas. Baru2 ni mau daftar semula, tp tidak dpt. Sistem ckp saya dah register. Sedihnya..

    ReplyDelete