Tabung Travel Junzie : Menabung dengan not RM 20

Assalammualaikum uols !

Ju dan Mr H merancang untuk travelling hujung tahun ni, tak jauh ke mana pun masih dalam Malaysia juga. Nak travel ke luar negara dengan ekonomi sekarang ni agak sukar sedikit. Istilah romantik sebenarnya rancang untuk honeymoon sambil melawat keluarga kakak serta adik di Selangor dan Johor Bahru ๐Ÿ˜‚

Bagi menyelamatkan simpanan lain, Ju cadang untuk buka tabungan not RM 20 untuk permulaan. Contohnya, setiap kali antara kami ada not RM 20, kena derma dalam tabung tersebut dengan rela hati๐Ÿ˜Dan kami mula secara rasmi pada 4 Januari 2017 lepas.

Tabung Travel Junzie : Menabung dengan not RM 20 || Alhamdullilah. Genap sebulan pada 4 Februari kami menabung, dapat kumpul sebanyak 30 not RM 20 (RM 600) ๐Ÿ˜ฒTerkejut juga dapat kumpul sebanyak itu tanpa sedar.

Memandangkan bulan Februari ni cuma 28 hari sahaja, pagi tadi Ju terdetik nak kira tabungan. Hasil nya ? Kami dapat kumpul 48 keping not RM 20 bersamaan dengan RM 960 setakat 23 Februari kelmarin. Oh my ! kali ni Ju bawa Mr H terkejut sekali ๐Ÿ˜

Bulan Januari (04.01.2017 - 04.02.2017) = RM 600
Bulan Februari (04.02.2017 - 23.02.2017) = RM 960
Jumlah RM 1,560.00

Masih berbaki 8 bulan lagi untuk terus menabung. Alhamdulillah, Allah swt memudahkan rancangan kami dalam usaha untuk menabung setakat ini dan insyallah memenuhi misi travel bulan November atau December nanti jika tiada aral melintang ๐Ÿ’•


Hari pertama Tabung travel Junzie : 04 Januari 2017

1 comment

  1. wa bestnya jun :)
    boleh jadikan motivasi untuk me pula ni tau :D
    thanks share jun :D

    ReplyDelete