Sleepless Review & Sinopsis

Assalammualaikum uols !

Hujung minggu baru ni, Mr H bawa berdating. Tergerak nak tengok "Syurga yang tak di rindukan 2" tapi kami takda follow yang pertama. So, matikan niat tu serta merta😖Nanti tak faham jalan cerita.

Since kitaorang peminat filem aksi dan masa tayangan Sleepless bersesuaian dengan perancangan masa kami berdua, nekad pilih filem tu, sekurang nya ada juga topik untuk di kemas kini untuk review filem dalam blog Ju 😁

Sleepless Review & Sinopsis || Filem berdurasi selama 1 jam dan 35 minit ini bergenrekan aksi, ngeri dan drama mengenai dunia jenayah, sesuai dengan klasifikasi filem 18 tahun ke atas. Berlatar belakangkan Las Vegas, Jamie Foxx membawa watak utama sebagai Vincent Down seorang pegawai polis bersama rakan setugas, Sean Cass (Clifford Josseph atau T.I) yang juga merupakan rakan karib beliau telah merancang untuk merompak satu perpindahan pakej kokain 25 kg oleh Stanley Rubino (Dermot Mulroney)  untuk satu kumpulan mafia terbesar yang di kendalikan oleh anak ketua mafia, Rob Novak (Scoot McNairy).

Dalam kejadian tembak menembak semasa rompakan, tanpa sengaja identiti Vincent Down terdedah apabila topeng yang di pakai terbuka. Keesokan nya, mayat dan kelongsong peluru berdaftarkan jabatan polis yang merata di kawasan jenayah tersebut menyebabkan campur tangan Penyiasat Hal Ehwal Dalam Negeri, Jennifer Bryant yang di bawa oleh Michelle Monaghan bersama rakan setugas beliau, Doug Dennison (David Harbour). Siasatan Jennifer dalam kes tembak menembak tersebut menyakinkan beliau bahawa Vincent Down antara pihak polis yang terlibat dalam mengambil rasuah.

Masa kerja yang tidak menentu menjadi punca perpisahan Vincent dan Dena (Gabriella Union) namun hak penjagaan anak tetap di bahagikan. Vincent di serang oleh orang upahan Stanley Rubino semasa dalam perjalanan menghantar anak beliau Thomas (Octavius J.Johnson)  ke latihan bola sepak sebagai galang ganti kepada kokain yang di curi.

Bertindak mengekori Vincent, Jennifer berjaya memperoleh separuh daripada kokain yang di sembunyikan oleh Vincent di kasino Luxus milik Stabley Rubino. Vincent yang sedia cedera semasa bergelut dengan penculik anak nya, berusaha mendapatkan baki kokain tersebut namun gagal. Tanpa di ketahui oleh sesiapa baik keluarga mahupun sahabat karib beliau, Sean, Vincent merupakan penyiasat Hal Ehwal Dalam Negeri yang sudah beroperasi selama 2 tahun mengumpul bukti untuk menangkap dalang penjual dadah dan mafia yang terlibat.

Bekas isteri Vincent Down iaitu Dena, watak yang di bawa oleh Gabrielle Union mula curiga apabila menerima panggilan dari jurulatih, anak mereka tidak hadir ke sesi latihan bola sepak sekolah. Cuba menghubungi Vincent beberapa kali, Dena tidak di ceritakan hal sebenar dan bertindak ke kasino Luxus bagi mengetahui keadaan anak mereka. Kegagalan Vincent menyerahkan separuh lagi kokain yang di sembunyikan sebagai cagaran untuk keselamatan nyawa anak beliau menyebabkan ketidakpuasan hati Novak lalu tercetus adegan tembak menembak di kasino tersebut.




Adakah Vincent dapat menyelamatkan anak nya dalam insiden tersebut ? Berjayakah Vincent membuktikan diri nya tidak bersalah ?

........................................................

Peminat filem aksi seperti kami ? korang kena tengok tau 😉 Ju bagi 7/10 bintang untuk filem kali ini.
Kredit gambar : Google Image
Jom baca ini juga : Kung Fu Yoga Review & Sinopsis

No comments