Petua Mengenal Lubuk Ikan

Assalammualaikum uols!

Kaki pancing atau baru berjinak-jinak dalam aktiviti memancing ? Memancing bukan hanya bergantung kepada umpan semata tapi kesabaran dan ilmu memancing juga perlu ada. Hasil memancing juga bergantung kepada rezeki tapi kita kena lah usaha untuk dapat yang terbaik kan, Insyallah 😁

Korang perlu ketahui beberapa petua mengenal lubuk ikan bagi mengelakkan korang menghabiskan masa yang lama di sesuatu tempat tersebut sekali gus meningkatkan hasil tangkapan korang 😁

Petua Mengenal Lubuk Ikan || Tidak kira muara, tasik, kolam sungai ataupun laut, korang boleh praktikan petua ini.


  • Kawasan anak sungai atau air terjun kecil menjadi kawasan anak ikan berkumpul. Ini kerana, di kawasan ini terdapat kandungan oksigen terlarut yang tinggi. Disebabkan itu, ikan pemangsa juga aktif di kawasan ini untuk mengejar anak ikan.
  • Paloh atau laluan ikan boleh diketahui sewaktu air surut yang mana laluan ikan ini merupakan kawasan yang masih bertakung airnya biarpun air surut sepenuhnya. 
    Bila air pasang sudah kembali, kenal pasti kedudukan paloh itu tadi, tadi dan campakkan umpan di kawasan tersebut.
  • Alur atau sungai kecil ini adakalanya membawa sisa makanan ke laut, yang mana ia menjadi tempat ikan tertentu berkumpul mencari makan.
  • Cari Boiling Ikan. Geng ‘casting’ gemar mengejar ‘boiling’ ikan untuk mendapatkan ‘strike’. Boiling ini membawa maksud ikan bermain di permukaan air.
  • Longgokan sampah yang terapung di permukaan air bukanlah tiada apa-apa, kerana pada dasarnya menjadi tempat ikan tertentu untuk bermain, seperti ikan pecah periuk, dan telinga gajah.


Bukan kaki pancing ? takpa, boleh hadamkan petua di atas sebagai bekalan masa hadapan. Manatau terniat di hati kelak mahu rasakan pengalaman memancing, bolehlah di praktikkan 😉 

Ju peroleh info ni dari Pages Siakap Keli dan Ju kongsikan dengan korang di mana Ju singkatkan dari 8 cara kepada 5 cara mengenal lubuk ikan seperti yang Ju nyatakan di atas. Bagi info penuh korang boleh layari pages Siakap Keli di bawah ini 
Kredit sumber : Siakap Keli - 8 Petua Mengenal Lubuk Ikan
Kredit picture : Google Image

No comments