Thursday, 9 February 2017

Kung Fu Yoga Review & Sinopsis

Assalammualaikum uols !

Sabtu lepas habis kerja hakiki sempat mendatingkan diri dengan Mr H. Menonton wayang sebagai aktiviti yang wajib bila berdua. Ju pilih Kung Fu Yoga di mana barisan pelakon terdiri daripada Jackie Chan, Disha Patani, Amyra Dastur, Aarif Rahman, Joel Adrian, Temur Mamisashvili, Fatih dan lain-lain.

Filem ini berdurasi selama 1 jam 47 minit dan bergenrekan pengembaraan, aksi dan komedi. Dari tajuk filem sahaja dah nampak gabungan dua negara iaitu China dan India, begitu juga dengan barisan pelakon yang menjayakan filem ini 😉

Kung Fu Yoga Review & Sinopsis || Sepanjang tengok filem ni, memang ada sesetengah part buat Ju sakan ketawa dengan gelagat barisan pelakon terutama Jackie Chan yang membawa watak sebagai Jack iaitu professor arkeologi dan watak Ashmita juga sebagai professor muda dari India di bawa oleh Disha Patani berganding bahu dalam mencari harta "Magadha" milik negara India yang hilang beribu tahun. Misi mereka di bantu oleh pembantu masing-masing iaitu Kyra, Xiaoguang, Nuomin dan Jonas Lee seorang pemburu harta karun dan juga merupakan anak kepada rakan karib Jack.

Dengan mengunakan petunjuk dan kemahiran masing-masing membawa mereka ke gua ais di Tibet sekaligus berjaya menemui kunci harta "Magadha" yang tersembunyi. Namun, mereka terpaksa berdepan dengan Randall, watak antagonis yang di bawa oleh Sonu Sood di mana Randall menuntut "Magadha" sebagai harta warisan keluarga mereka. Pergaduhan yang tercetus mengakibatkan Jack, Ashmita dan pembantu nya terperangkap di dalam gua ais manakala Jonas Lee berpaling tadah dari kumpulan Jack dengan bertindak mengambil "Eye of Shiva" iaitu Berlian seakan Ruby 212 karat, kunci kepada lokasi harta karun Magadha dan melarikan diri meninggalkan Jack dan yang lain terperangkap di gua ais tersebut.

Dengan memanfaatkan teknik Yoga yang di amalkan oleh Ashmita, mereka berjaya melepaskan diri dari gua ais, kemudian Ashmita dan Kyra kembali ke India. Manakala, Jack dan pembantu nya berangkat ke Dubai di mana berlian tersebut bakal di lelong oleh Jonas Lee.
Menghampiri klimaks jalan cerita, Ashmita dan Kyra merupakan adik beradik keturunan Kerajaan Magadha. Jonas dan Kyra di culik oleh Randall untuk beroleh pengetahuan Jack mengenai pencarian lokasi harta "Magadha". Jack yang terpaksa bersetuju, melakukan perjalanan bersama Randall dan pembantu nya ke Gunung Suci untuk menemukan harta tersebut.

Selebih nya, Bagaimana yoga dan kung fu bersatu ? Korang perlu tonton wayang ni 😉


.....................................................


Di akhir cerita, korang akan di sajikan dengan tarian daripada barisan pelakon yang menari dengan konsep India. Ju tercuit hati melihat gaya Jackie Chan menari 😅 Ju bagi filem ni 7/10 bintang. Susunan jalan cerita yang teratur, aksi yang menerujakan serta pengajaran dari cerita ini tidak mengecewakan penonton.

Rasa terharu kepada diri sendiri dapat taip review sepanjang ini 😭 Alhamdulillah😊
Kredit gambar : Google Image - Kung Fu Yoga with media conference Kuala Lumpur
Copyright © 2015 Junzie || Life is a Beautiful Struggle
| Distributed By Gooyaabi Templates