(Gambar) Artis Wanita Malaysia Mom to be 2017

Assalammualaikum uols !

Bagi pandangan Ju kategori wanita comel & anggun adalah kumpulan mak-mak buyung ! 😁 Tak kisah artis atau bukan, asalkan dia seorang wanita yang tengah preggy, Makk comel nya Ju tengok ! Tapi yang pasti, status artis sekira nya bakal jadi mak ni pasti menarik perhatian kita πŸ˜€

Artis Wanita Malaysia Mom to be 2017 || Di bawah Ju kongsikan beberapa maklumat terkini perkembangan artis Malaysia yang tengah sarat mengandung untuk 2017 ni. Jom usha !


  • Ummu Shaikhah Stacy Anam : Juara AF musim 6 ini melangsungkan perkahwinan dengan Akim Ahmad pada 4 Februari 2016. Mereka memiliki seorang anak angkat yang di namakan sebagai Bella Valentine & kini Stacy sarat hamil anak sulung mereka yang di jangka bersalin sekitar Februari ini. Oh my ! tengah tunggu hari !πŸ˜„  Insyallah semoga di permudahkn πŸ’•
 

 
  •  Adira Suhaimi : merupakan bekas peserta realiti & juga naib juara AF musim 8 ini mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan atau lebih di kenali sebagai Datuk Red pada 3 Disember 2015. Adira kini tengah sarat mengandung anak sulung mereka yang di jangka bersalin pada bulan Mac ini.




  • Puteri Sarah Liyana : Isteri kepada Syamsul Yusof berumah tangga pada 8 Mac 2014 & mengesahkan mengenai kandungan isteri beliau pada 28 September 2016. Kini, Puteri Sarah sarat hamil anak sulung mereka yang di jangka bersalin pada bulan  April 2017




  • Sharifah Sakinah : Mendirikan rumah tangga dengan Aliff Adha (Juruterbang) pada 28 Mac 2015. Sharifah Sakinah berteka teki dengan peminat mengenai status kandungan beliau sama ada semasa di temuduga oleh pihak media atau pun di intstagram beliau. Tiada info Ju dapat mengenai usia kandungan tapi dah besar tu, mungkin lingkungan 7-8 bulan kot. Apa pun, semoga sihat sejahtera selalu hendak nya si ibu dan bayi, aminπŸ’•




  • Syatilla Melvin : mendirikan rumah tangga dengan Shaheizy Sam pada 8 Februari 2016 kini sedang hamil anak sulung mereka. Syatilla di jangka bersalin sekitar bulan Mei 2017 ini dan bakal menerima bayi lelaki, Auuuww😚



 
  • Lisa Surihani : Isteri kepada Yusry Kru mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Telah pun memiliki seorang cahaya mata, Yahaira Leanne, 1 tahun 6 bulan. Kini Lisa sedang hamil anak kedua mereka yang di jangka bersalin pada bulan Jun 2017 ini. 

Berseri-seri nampak nya wajah ibu mengandung ni kan, Ju suka tengok😁 alhamdulillah. Insyallah, semoga aura ibu mengandung tu tempias juga dengan Ju tahun ni amin!! πŸ˜… Semoga di permudahkan urusan mereka dalam persediaan menyambut insan baru dalam keluarga dan di kurniakan zuriat yang soleh & solehah, aminπŸ’•

1 comment

  1. Tahniah pada artis-artis yang telah melahirkan zuriat yang comel.. =)

    ReplyDelete