Assalammualaikum uols !
AMARAN KATEGORI PERTAMA
Dikeluarkan pada pukul 03:40PM, 19 Januari 2017
SEKSYEN A: UNTUK PERKAPALAN I) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-KEMASKINI Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Condore, Layang-Layang, Reef North, Labuan, Palawan dan Sulu sehingga Isnin, 23 Januari 2017. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH - Kemaskini Ribut petir di perairan Phuket, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan, Sulu dan Labuan dijangka berterusan sehingga awal malam, Khamis, 19 Januari 2017. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil. SEKSYEN B: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA I) ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-KEMASKINI Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Sabah (Pedalaman, Kudat, Pantai Barat dan Sandakan) dan WP Labuan sehingga Isnin, 23 Januari 2017. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. II) AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH - Kemaskini Ribut petir di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Sandakan) dijangka berterusan sehingga awal malam, Khamis, 19 Januari 2017. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil. |
Dikemaskini pada 19 Januari 2017, jam 03:40PM

Credit Sumber : Malaysia Meteorological Department
P/s : Mohon tingkatkan keselamatan masing2 bagi kawasan yang terlibat & elakkan untuk berada di pesisiran pantai sepanjang tempoh jangkaan angin kencang bagi mgurangkan sebarang perkara yang tidak di ingini, semoga kita dalam lindungan Allah swt selalu. Insyallah💕
Take care dear. Semoga sentiasa di dalam lindungan Allah insyaAllah ❤
ReplyDeleteinsyallah, sma2 kita memohon plindungan dr Nya, kawasan tlibat pun termasuk perairan semenanjung
DeleteSemoga semua baik2 sahaja dlm lindungan Allah,aamiin...
ReplyDeleteAmin, insyallah Mai
DeleteSemoga semuanya baik² saje..Ameen...
ReplyDeleteamin .. insyallah =)
Delete0rang sabah kena baca.
ReplyDeleteYg duduk tepi laut.
Nelayan pun
insyallah, sma2 kita memohon plindungan dr Nya, kawasan tlibat pun termasuk perairan semenanjung
DeleteSemoga semuanya baik2 saja..insyaallah
ReplyDeleteinsyallah =)
DeleteHati2 jun.. jaga diri ..
ReplyDelete