Breaking

25 Jan 2017

Pakej 2018 : Mendaki Gunung Kinabalu

Assalammualaikum uols !

Tiba-tiba Mr H suarakan hasrat nak naik gunung Kinabalu semalam. Terkejut hampir tersedak Ju dengar 😌 Ju terus teringat tahun lepas masa Ju hiking bukit di Pulau Sapi, rasa nak fengsan sepanjang mendaki apatah lagi nak daki Gunung Kinabalu yang berukuran 13,455 kaki dari aras laut 😓 Ju tolak mentah-mentah haha. So, Mr H cadang nak daki dengan kawan-kawan sekerja dan minta Ju carikan pakej yang sesuai.

Pakej 2018 : Mendaki Gunung Kinabalu || Ju tanya seorang kawan Ju yang nampak nya dah 2x naik Gunung Kinabalu. So, dia cadangkan Ju untuk survey harga pakej mendaki gunung dengan Encik Razif. Kebetulan, En Razif tengah membuka pendaftaran untuk tahun 2018 di mana beliau menyediakan 2 jenis pakej iaitu :

Pakej A - Sabahan Pakej (Minimum 3 orang per Group)

  • Pakej 2 hari 1 malam/RM 280 seorang
  • Untuk Booking : sediakan salinan kad pengenalan & deposit RM150 untuk semua pendaki
  • Maklumkan tarikh cadangan kepada beliau : kekosongan tahun 2018 (January - Jun)
  • Pakej termasuk Penginapan, Guide, Climbing Permit, Insurans, Makanan (5x makan) & bayaran masuk ke Kinabalu Park

Pakej B - Malaysian Pakej (Minimum 3 orang per Group)
  • Pakej 2 hari 1 malam/RM480 seorang
  • Untuk Booking : sediakan salinan kad pengenalan & deposit RM280 untuk semua pendaki 
  • Maklumkan tarikh cadangan kepada beliau : kekosongan tahun 2017 masih di buka untuk bulan November - December)
  • Pakej termasuk Penginapan, Guide, Climbing Permit, Insurans, Makanan (3x makan) & bayaran masuk ke Kinabalu Park



Menurut beliau, pendaki di galakkan untuk menempah tarikh mendaki seawal 10 atau 11 bulan sebelum tarikh hendak mendaki kerana kuota pendaki untuk satu malam bagi pendaki Sabahan hanya 10 pendaki untuk satu tarikh manakala untuk Malaysian cuma 25 pendaki satu malam.

Menarik kan ? Bagi korang yang ada rancangan mahu menawan Gunung Kinabalu, boleh lah hubungi En.Razif di nombor +6013 8365 651. Pendaftaran 2018 dah di buka, boleh rancang awal-awal perjalanan korang, manatau sama trip dengan suami Ju 😁

2 comments:

  1. hai ju...adakah ju pernah ambil pakej dengan razif ni.. sbb saya tengah mencari pakej sama

    ReplyDelete
  2. Hai.. macammana pengalaman ambil pakej dengan encik razif ni?

    ReplyDelete