• Home
  • About Jun-Zie
  • Contact
  • Sitemap
  • Disclaimer
Enter your keywords
Junzie || Life is a Beautiful Struggle

Sabtu, Julai 31, 2021

10 Fakta Psikologi Dan Perkembangan Hebat Mengenai Kanak-Kanak

10 Fakta Psikologi Dan Perkembangan Hebat Mengenai Kanak-Kanak

10 Fakta Psikologi Dan Perkembangan Hebat Mengenai Kanak-Kanak | Pelbagai fakta dapat diperoleh dalam proses pertumbuhan anak-anak. Ia mungkin akan diperngaruhi oleh pelbagai fakto sama ada dalaman ataupun luaran. Perkongsian hari ini adalah berkaitan dengan fakta psikologi dan perkembangan hebat mengenai kanak-kanak.

1) Anak anda dapat memahami apa yang anda katakan, sebelum mereka mulai berbicara

Dengan hanya mendengar suara ibu bapa, anak kecil sebenarnya telah belajar dengan sangat banyak. Reaksi si kecil mungkin tiada, tak menjawab soalan dan masih tak pandai menyebut apa-apa. 

Tapi mereka sebenarnya sudah menyimpan berpuluh hingga ratusan vocabulary ke dalam sistem otak mereka (perbendaharaan kata). Ini semua didapati hanya dengan mendengar suara ibu bapa mereka.

Kanak-kanak akan mempunyai lebih kurang 70- 300 perkataan dalam otak seawal usia dua tahun. Mereka sudah mula faham dengan apa yang dikatakan oleh orang sekeliling walaupun mereka sendiri belum pandai bercakap.

Menurut kajian, ibu bapa yang suka bercakap dan menyanyi untuk anak-anak dapat mengurangkan risiko “delayed speech” ataupun lambat bercakap. Selain itu, dapat mendidik anak untuk mempunyai kawalan emosi yang baik.


2) Pada pre-sekolah umur, anak anda mulai untuk melihat mereka sebagai individu

Sebab tu lah, ada anak tiba-tiba ada rasa kedekut, pentingkan diri sendiri, cepat marah, mengamuk apabila barangnya dikacau dan diambil. Dalam kejadian ini, ada benda positif yang sedang berlaku.

Di sini, anak sedang belajar tentang individuality (keperibadian) atau selfhood (diri sendiri). Mereka juga sedang belajar tentang kesedaran bahawa setiap manusia ni berbeza-beza. 

Begitu juga dengan kemahuan dan keperluan setiap manusia yang berbeza. Ini semua merupakan sebuah perkembangan dari sudut kemahiran kognitif (proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan keintelektual seseorang kanak-kanak).

Jadi tak perlu risau sangat. Korang cuma perlu ajar anak perlahan-lahan tentang berkongsi dan bertolak ansur. Mengajar ni memang tak mudah. Sebab tu kena perlahan-lahan dan elakkan daripada memarahi anak jika mereka buat perangai ya.


3) Anak anda tidak akan ingat sebarang sebelum umur 3 tahun

Kalau korang antara ibu bapa yang selalu banyak keluarkan duit untuk anak-anak, terutama untuk hari penting seperti hari jadi, baik tangguhkan dahulu. Untuk 3 tahun pertama, anak tidak akan menyimpan apa-apa memori. Korang mungkin boleh merakam pembesaran mereka dalam video atau gambar dan tunjukkan kepada anak di masa kelak nanti.

Otak anak akan mula memproses secara perlahan-lahan apabila masuk usia 4 tahun. Mereka sudah bersedia untuk menghafal dan mengingat sesuatu dengan sepenuhnya pada usia 6 tahun. Seterusnya, mereka akan dapat mencipta teknik atau trick (muslihat) untuk dapat mengingat dengan lebih baik.

Bukan bermaksud korang tak boleh sambut hari jadi mereka pula ya. Senang cakap, setiap pengalaman dan pendedahan yang diberikan kepada anak memang mempunyai kesan yang tinggi terhadap perkembangan anak. Cuma mereka mungkin tidak dapat mengingat setiap pengalaman dengan sempurna.

Oleh itu, korang jangan anggap ini alasan untuk korang buat perkara keji di depan mereka. Contohnya, memukul isteri, bercakap kasar, dan lain-lain. Mereka mungkin tidak akan ingat, tapi ia masih dapat bagi kesan terhadap perkembangan emosi, kelakuan, dan kognitifnya. 

Sebagai ibu bapa dan penjaga, korang mesti ingat bahawa setiap perbuatan dan percakapan, anak akan sentiasa perhatikan dan tiru!


4) Otak anak adalah seperti lantern, otak dewasa adalah seperti flashlight

Apa beza lantern (tanglung) dan flashlight (lampu suluh)? Lantern ni menerangi ruang yang luas, tapi samar-samar. Flashlight pula menerangi satu tempat sahaja, tapi sangat terang. Beginilah perbezaan otak anak dengan orang dewasa.

Otak si kecil lebih peka dan lebih nampak semua benda tapi mereka kurang pengetahuan tentangnya. Otak kita pula peka dan nampak satu-satu perkara yang spesifik sahaja. Sebab? Pengetahuan kita lebih tertumpu dengan perkara spesifik itu.

Oleh itu, kita selalu digalakkan untuk belajar macam-macam pengetahuan yang ada di luar bidang kita. Ini untuk membantu otak berfungsi dengan lebih menyeluruh dan meningkatkan kepekaan. 

Menurut kajian, orang-orang seni atau orang kreatif sahaja yang dapat kekalkan sifat otak seperti lantern dari kecil hingga dewasa.


5) Perkembangan bahasa & ucapan

Kemahiran bertutur anak berlaku dalam 4 peringkat :

a. babbling stage (menuturkan kata-kata yang tidak boleh dipahami),
b. single-word stage (menyebut perkataan satu-satu),
c. two-word stage (menyebut dua perkataan), and
d. multi-word stage (sudah mampu menyebut perkataan yang pelbagai/ banyak).

Di peringkat babbling, ibu bapa dan penjaga digalakkan untuk memberi reaksi terhadap setiap bunyi yang dihasilkan oleh anak. 

Walaupun bunyi itu tidak dapat difahami, cuba berikan reaksi sebaik mungkin. Setiap reaksi yang diberikan dapat membantu untuk perkembangan dalam kemahiran bertutur, body language (bahasa badan), ekspresi emosi dengan lebih pantas.

10 Fakta Psikologi Dan Perkembangan Hebat Mengenai Kanak-Kanak


6) Program television pendidikan tidak membantu pembangunan intelektual

Menurut kajian, anak tidak dapat belajar banyak melalui tontonan television. Tapi mereka banyak belajar melalui reaksi dan respon yang diberikan kepada mereka. Ini dipanggil hubungan Interaksi Dua Hala. Sistem pembelajaran yang paling mahal, paling bernilai, dan paling berkesan dalam dunia ialah berinteraksi dan bermain dengan anak!

Anak-anak yang menghabiskan masa dengan menonton TV, video, atau gadjet 2-3 jam sehari, berisiko untuk menghadap masalah emotional management (bertindak agresif atau kemurungan), hubungan yang kurang baik dengan orang sekeliling, rendah diri, kemahiran komunikasi yang rendah, dan kelewatan dalam pertuturan.

Tapi kalau nak alihkan perhatian si anak daripada menangis atau semasa kesakitan, masa tu ibu bapa boleh gunakan TV atau screen time sebagai jalan pintas! 

Sangat berkesan untuk pindahkan kepekaan otak anak terhadap kesakitan itu kepada skrin dengan serta-merta. Masa ni, bolehlah bagi anak tengok untuk jangka masa yang pendek.


7) Permainan outdoor (luaran) adalah bahagian kritikal dan alam pembangunan anak

Anak-anak yang selalu terdedah dengan aktiviti luaran akan mempunyai kemahiran intelektual yang lebih tinggi berbanding mereka yang selalu duduk di kawasan tertutup sahaja (rumah/bilik).

Pakar perkembangan kanak-kanak menyarankan supaya si anak diberikan hak untuk membuat aktiviti di luar rumah. 1 jam sehari sudah cukup. Outdoor play dikatakan cara paling efektif untuk anak mempelajari life skills (kemahiran hidup) dan untuk kenali potensi dalam diri mereka.

Jadi, kalau mereka balik dengan baju kotor selepas bermain dengan kawan-kawan, jangan korang tengking dan marah pula ya.

8) From age 3–8, children’s brain tissue uses twice as much energy as adult brain tissue

(Dari umur 3-8 tahun, tisu otak anak menggunakan dua kali ganda tenaga seperti tisu otak dewasa). Masa umur ni, jangan hairan kalau anak selalu rasa lapar, haus dan berpeluh. Secara purata, anak yang berumur 5 tahun memerlukan 860 kalori sehari. Separuh daripada tenaga yang digunakan adalah pada fungsi otak si kecil.

Tenaga itu akan digunakan untuk mengadaptasi kemahiran-kemahiran sosial seperti ekspresi emosi, membuat keputusan, dan belajar tentang diri mereka sendiri. Cuba dedahkan anak kepada dunia luar untuk membantu mereka mengenali dan memahami banyak perkara.

Untuk musim pandemik ini, bantu mereka untuk kembangkan pemahaman dan penerimaan orang lain melalui buku dan video yang bermanfaat. Ceritakan satu cerita pendek, dan cuba tanya pendapat mereka tentang cerita tersebut.


9) 1 daripada 8 kanak-kanak yang berumur 6-10, mempunyai masalah pendengaran

Untuk mengelakkan masalah ini, ujian pendengaran ketika bayi perlu dibuat. Ujian ni sangat penting jadi kalau anak korang belum buat, boleh bawa buat ujian ni ya. Banyak masalah perkembangan yang boleh terjadi disebabkan masalah pendengaran dan kurang kesedaran daripada ibu bapa dan penjaga.

Oleh itu, korang mesti jaga decibel (ukuran bunyi) yang selamat untuk persekitaran anak-anak. Elakkan bawa anak ke tempat yang bingit dan mempunyai lebih daripada 85 decibel. Lebih baik mengelak dahulu. Kalau sudah tiba masa yang sesuai, baru dedahkan dengan mereka perlahan-lahan.


10) Pembulian anak boleh mempengaruhi mental, fizikal dan kesejahteraan sosial

Menurut kajian, kes buli ni boleh beri kesan buruk yang lama dalam diri mangsa sehingga berpuluh-puluh tahun. Anak-anak yang suka membuli kebiasaanya adalah mangsa buli! 

Oleh itu, mereka akan lebih mudah terjebak dalam gejala sosial, masalah kesihatan, masalah emosi, dan ketidakstabilan kewangan pada masa akan datang.

Selain itu, anak pembuli atau mangsa buli akan lebih cenderung untuk menghidap kemurungan. Ia akan menyebabkan kes bunuh diri. Allahu.. Semoga mendapat perlindungan daripada Allah dan dijauhkan daripada kes-kes seperti ini.

Sampai sini sahaja perkongsian fakta psikologi dan perkembangan anak-anak. Mungkin agak panjang, tapi semua ayat yang digunakan ringan dan senang difahami. Boleh jadikan sebagai pengetahuan umum untuk yang sudah mempunyai anak, atau untuk kegunaan masa depan.


Baca lagi »
on Sabtu, Julai 31, 2021 1
Share this!
Label:
blogger parent, Parenting Tips
Catatan Lama Catatan Lama

Jumaat, Julai 16, 2021

3 Jenis Multifunction Cooker Dengan Harga Yang Berpatutan di Shopee

Secara jujur saya selalu ragu-ragu ketika menggunakan pressure cooker ke, multifunction cooker ka untuk memasak di dapur. Pernah juga dengar khabar angin kalau menggunakan Multifunction Cooker ini boleh meletup semasa kita sedang memasak. 

Tetapi ada banyak fungsi sebenarnya apabila menggunakan Multifunction Cooker. Bukan sahaja memudahkan kerja memasak, malah boleh menyediakan pelbagai hidangan masakan. 

Bukan itu sahaja, ia juga meringankan kerja para suri rumah yang sibuk dengan kerjaya kerana nak menggunakan pun sangat mudah hanya perlu menekan mana-mana butang yang tersedia dan voila dalam masa yang cepat, hidangan korang pun telah siap dimasak. 

Tetapi ada pelbagai jenis Multifunction Cooker sampai tak tahu nak pilih yang mana satu? Di sini saya telah senaraikan 3 Jenis Multifunction Cooker Dengan Harga Yang Berpatutan di Shopee. Antaranya ialah 

1. Russell Taylors Fuzzy Logic Smart Rice Cooker (RM129.99)

7 jenis Multifunction Cooker Dengan Harga Yang Berpatutan di Shopee

Russell Taylors Rice Cooker

  • Russell Taylors has developed the intelligent 6-step cooking process that the steam valve and inner pot can preserve the steam and heat for perfect to simmer the fluffy rice every time.

  • The rice cooker is user-friendly with digital LED display and sensitive touch panel so your cooking could be set by simply pressing a button.

  • Multi-Functional Use. Easy to operate for various delicious food!

  • Perfectly prepare 2-10 cups of cooked rice.

  • 700W | 1.8L | 220V/50HZ

  • Steam Rack Included

  • Keep Warm Function 

Banyak kali dah dengar pasal Russell Taylors Rice Cooker ni. Banyak sangat fungsi rice cooker ni. Saiz nampak comel, sederhana besar. Mudah untuk digunakan just follow ja manual yang diberikan. 

Korang boleh terus guna untuk masak nasi. Nasi pun elok ja masak. Sesuai untuk hidangan 5 orang. Sangat recommended! Boleh dapatkan di shopee russelltaylors.os dengan harga RM129.99. 

2. MMX Pressure Cooker Rice Cooker Stainless Steel Pot (RM169.99)

MMX Pressure Cooker Rice Cooker Stainless Steel Pot

MMX Pressure Cooker 
  • 8-in1 Multi-functional Cooker

  • Adjustable pressure time

  • Delay cooking time (0-24 hours)

  • Automatic keep warm

  • Highly energy efficient and kitchen friendly

  • Non-stick inner cooking pot

  • Finger-point resistant brushed stainless steel exterior

  • CB & SIRIM CERTIFICATION

MMX Pressure Cooker ini juga merupakan antara produk yang mendapat sambutan hangat. Kualiti juga setanding dengan harga. Nak masak sup pun boleh yang penting kena tahu adjust masa saja. 

Selain itu, sangat memudahkan kerja-kerja di dapur. Siapa yang tak tertarik dengan MMX Pressure Cooker berwarna merah ini. 

orang beli saja di shopee mmx_malaysia. Dari segi packaging pun mantap, tiada damage. Semua fungi pun elok. Good seller very recommended for all new or existing shopper. Don't hesitate to contact them if you need any further information.

3. Taylors 6L Pressure Cooker Stainless Steel Pot (RM199.99)

3 Jenis Multifunction Cooker Dengan Harga Yang Berpatutan di Shopee

Taylors 6L Pressure Cooker Stainless Steel Pot
  • With a capacity of 6 litres

  • With its easy-to-program timer

  • Sensitive sensor touch operational panel

  • The cooker comes with an innovative dual handle design

  • Easy-to-clean detachable inner lid design 
Taylors 6L Pressure Cooker juga antara produk Russell Taylors yang terbaik. Kalau korang masak pun senyap ja. Tulang lembu dimasak dengan baik sampai tak perlu nak bersusah payah nak potong atau pisahkan tulang dari daging. Daging cepat ja masak. 

Nasi pulut pun masak dengan cantik dan cepat. Memang berbaloi sangatlah korang beli. Senang nak guna dan safety sangat peruik ni. Boleh dapatkan di shopee russelltaylors.os dengan harga yang murah dan berpatutan 


Part paling best sekali apabila menggunakan Muktifunction Cooker ini ialah masa memasak korang pun semakin berkurang sehingga 50%. Kebiasaannya kalau nak memasak pasti ambil masa lebih dari 30 minit. 

I must say that a Multifunction Cooker is a MUST-HAVE for your kitchen as it allows you to prepare healthy and nutritious meals for your family despite the time constraints. This is important for working mothers who still want their family especially their children to eat a balanced diet.


Baca lagi »
on Jumaat, Julai 16, 2021 4
Share this!
Label:
review
Catatan Lama Catatan Lama

Isnin, Julai 05, 2021

Pentingnya Memilih Botol Susu BPA Free! Ini Jawapannya.

Kita sering mendengar orang bercakap mengenai BPA Free. Banyak perkongsian yang menyarankan kita untuk mengambil peralatan-peralatan yang bebas daripada BPA. 

Namun apakah itu BPA Free? Kenapa kita perlu ambil tahu tentang hal ini? Penting sangatkah untuk kita ketahui produk mana yang BPA Free sebelum kita hendak membeli sesuatu produk?

Jawapannya adalah SANGAT PENTING!

Botol Susu BPA Free

Sebagai seorang ibu, kita amat mementingkan tumbuh besar anak-anak agar mereka membesar dalam keadaan yang sihat tanpa ada sebarang komplikasi. Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada tumbuh besar anak-anak adalah daripada pemakanan seharian.

Kita perlu menjaga pemakanan anak-anak sejak daripada dalam janin sehinggalah keluar ke bumi. Pemilihan botol susu untuk anak-anak tersangat penting dalam hal ini. Bayi dan kanak-kanak banyak minum susu botol. 

Ada juga ibu-ibu yang ingin mengajar anaknya minum botol susu instead of susu ibu. Dalam erti kata lain, penting sangat untuk ibu-ibu di luar sana memilih botol susu BPA-Free!

Apakah itu BPA?

BPA atau nama penuhnya Bisphenol A merupakan bahan kimia yang dicampurkan dengan bahan kimia lain untuk menghasilkan plastik yang lebih kuat dan tahan lama. Biasa digunakan pada beragam produk konsumer salah satunya botol bayi.

BPA banyak kita temui dalam produk-produk plastik dan dalam tin yang disapu di permukaan dalam tin agar makanan tin tahan lebih lama.

Botol Susu BA Free

Apakah kesan botol susu yang mengandungi BPA kepada anak-anak?


Setiap bahan kimia mempunyai implikasinya yang tersendiri. BPA merupakan bahan kimia yang tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Kita banyak didedahkan tentang pemilihan produk-produk makanan yang bebas BPA.

Kehadiran BPA dalam botol susu adalah berbahaya untuk kesihatan bayi dan kanak-kanak. Menurut kajian, pendedahan kepada BPA boleh menyebabkan implikasi yang buruk terhadap otak dan kelenjar prostat bayi dan kanak-kanak.

Selain itu, pendedahan terhadap BPA juga boleh menyebabkan perubahan tingkah laku kanak-kanak. Tambahan lagi, BPA ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah, diabetes type 2 dan penyakit jantung. Maka, penting untuk kita mengambil botol susu yang bebas daripada BPA!

Botol Susu BA Free

Bagaimana cara seorang ibu mengelakkan ataupun mengurangkan pendedahan terhadap BPA?


Ada beberapa tips untuk ibu-ibu untuk mengelakkan daripada terdedahnya dari BPA.

Pertama, sebelum melakukan pembelian, pastikan memilih botol susu yang mempunyai tanda BPA-Free. Ibu-ibu perlu alert, teliti dan baca informasi yang ada pada botol susu tersebut. Bukannya main ambil saja.

Kedua, menukar botol susu setiap 3 bulan. Ibu-ibu kena ingat lama mana botol susu anak-anak. Kalau rasa-rasa dah lama dah botol susu anak-anak cepat pergi beli baru. Kasihan anak-anak yang tidak tahu menahu terdedah kepada risiko penyakit berbahaya.

Ketiga, elakkan "steriliser" botol susu dengan kerap. Hal ini demikian kerana botol susu yang terdedah dengan haba yang sangat panas akan menyebabkan BPA released dengan kadar yang lebih cepat.

Keempat, gunakan bahan pencuci organik khas untuk botol susu anak-anak. Pencuci pinggan mangkuk yang ada di dapur sifatnya menghakis. Kalau ibu-ibu menggunakannya untuk mencuci botol susu anak-anak dikhuatiri akan menyebabkan implikasi lain sekiranya botol susu tersebut tidak dibasuh dengan baik.

Yang terakhir, sebolehnya gunakanlah botol susu stainless atau kaca. Walaupun agak mahal daripada botol susu plastik namun pelaburan ibu-ibu di luar sana berbaloi demi tumbuh besar anak-anak yang baik dan lancar.

Pentingnya Memilih Botol Susu BPA Free! Ini Jawapannya.


Kesimpulannya, sebagai seorang ibu penting untuk sentiasa memastikan makanan yang masuk ke dalam perut anak-anak kita bersih daripada kotoran dan bahan-bahan kimia yang boleh mengancam kesihatan dan pertumbuhan anak-anak. Anak-anak sihat kita pun turut bahagia.


Baca lagi »
on Isnin, Julai 05, 2021 0
Share this!
Label:
Parenting Tips
Catatan Lama Catatan Lama
Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

Author

Author

Welcome

Lifestyle Blogger from North Borneo | Sponsorship, Collaboration, Review | Any inquiries please do email at Mrshafizie@gmail.com

Popular post

  • Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition & Lip Matte Kekasih by The Melvins | Set Kosmetik Mampu Milik
    Assalammualaikum & Hai Kau orang  Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition & Lip Matte Kekasih by The Melvins | Set Kosmetik Mampu Mi...
  • Original Indonesian Receipt @ Ayam Penyet Ria, 1Borneo Kota Kinabalu
    Assalammualaikum 💕 Ok Ju nak kongsi dengan kau orang salah satu restoran yang Ju suka pergi sebab makanan sedap dan harga ekonomik. Pende...

Jejari Runcing

  • Me y la Memoria
  • Love Is Simple
  • Blog by Ana Suhana
  • Starlavenderluna's Journal Of Life
  • Mayy Jie's Random Thoughts
  • ♥TWO SOULS BECOME ONE♥

Di Bawah Bayu Kami Bersatu

  • Sii Nurul
  • Cerita Cinta Surirumah
  • Adi Channel
  • Nour Adieb
  • ..............warna warni hidupku..............
  • ETUZA
  • Ceritera Liza Si Puteri Bunian
  • Blog sofinahlamudin.com
  • All About Love
  • Mia - Memories of Mine
  • YatieOwner
  • Belog Kak Gojes
  • Fiqa story
  • Ini Kisah Tia
  • Elih Japahar
  • ecadwinkyasha.com — lifestyle, review tutorial etc
  • Lanseikong
  • ♪ ♫ opZZpinky ♫ ♪
  • The Jesselton Girl
  • Sweet red cherry
  • SABAHAN BLOGGER
  • Haslina Kasbulah
  • Syuhada Salleh
  • Kayu manis semanis hidupku
  • RAHMAD GRAPHIC
  • Anum Abdullah
  • Dedaun Comel
  • Asha Lya
  • Hunyeda
  • Life Full Of Lesson
  • ☞❁ NN Izati ❁☜
  • BlogNm
  • ASEAN TRAVELLER
  • Hidayah Suhailee
  • Cik Itah Personal Lifestyle Blog

Jejari Emas

  • ROTIKAYA
  • Blog Sihatimerahjambu
  • KISAHEMASPUTIH
  • Mia Liana
  • Lulu-Pages

Pengikut

ARCHIVE

  • ▼  2021 (8)
    • ▼  Julai (4)
      • 10 Fakta Psikologi Dan Perkembangan Hebat Mengenai...
      • 3 Jenis Multifunction Cooker Dengan Harga Yang Ber...
      • Pentingnya Memilih Botol Susu BPA Free! Ini Jawapa...
      • Menu : Salad Buah Mayonis Mudah Dan Sedap
    • ►  Mei (1)
    • ►  April (2)
    • ►  Februari (1)
  • ►  2020 (7)
    • ►  Disember (2)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (3)
  • ►  2019 (13)
    • ►  Disember (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Januari (1)
  • ►  2018 (36)
    • ►  November (7)
    • ►  September (2)
    • ►  Ogos (1)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Mei (6)
    • ►  Mac (2)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Januari (11)
  • ►  2017 (158)
    • ►  Disember (10)
    • ►  November (12)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  September (14)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  Julai (7)
    • ►  Jun (15)
    • ►  Mei (26)
    • ►  April (22)
    • ►  Mac (15)
    • ►  Februari (11)
    • ►  Januari (14)
  • ►  2016 (23)
    • ►  Disember (19)
    • ►  November (4)

About Me

Junzie | Lifestyle Blogger from North Borneo | Sponsorship, Collaboration, Review | Any inquiries please do email at Mrshafizie@gmail.com
read more

Popular posts

  • Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition & Lip Matte Kekasih by The Melvins | Set Kosmetik Mampu Milik
    Assalammualaikum & Hai Kau orang  Hijab Mata Kekasih Mascara Gold Edition & Lip Matte Kekasih by The Melvins | Set Kosmetik Mampu Mi...
  • Original Indonesian Receipt @ Ayam Penyet Ria, 1Borneo Kota Kinabalu
    Assalammualaikum 💕 Ok Ju nak kongsi dengan kau orang salah satu restoran yang Ju suka pergi sebab makanan sedap dan harga ekonomik. Pende...
  • Pengalaman Hamil Kali Pertama : Proses Pendaftaran Buku Pink
     Assalammualaikum & Hai Kau orang Kali ni nak kongsi dengan kau orang pula Proses Pendaftaran Buku Pink yang Ju lalui selepas sah hamil....

Tags

Blogger Giveaway Lifestyle Lokasi bercuti di sabah review

Arkib Blog

Dikuasakan oleh Blogger.
Ⓒ 2018 Junzie || Life is a Beautiful Struggle. Design created with by: Brand&Blogger. All rights reserved.